UTHM Institutional Repository

Hubungan di antara persekitaran kreatif dan inovasi di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia

Borhanudin, Anis Fadzlina and Ismail, Nurul Izzatty (2017) Hubungan di antara persekitaran kreatif dan inovasi di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 31-40. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana atau lebih dikenali sebagai PKS di Malaysia tidak terkecuali dalam menjalankan usaha yang giat berkaitan dengan inovasi melibatkan organisasi. Tambahan lagi, dengan bilangan perusahaan yang kian bertambah dari semasa ke semasa menjadikan PKS sebagai salah satu peneraju utama dalam mencapai objektif Wawasan 2020. PKS berpotensi untuk memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.Pemantapan aktiviti inovasi perlu dilaksanakan terhadap PKS kerana PKS memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga untuk memastikan kelestarian pembangunan di dalam PKS. Menurut Doyle (1998), inovasi organisasi berperanan dalam memastikan organisasi sentiasa peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Keupayaan PKS untuk membuat inovasi juga telah diiktiraf sebagai salah satu faktor penentu dalam memastikan PKS mampu untuk terus bertahan di dalam industri serta berkembang maju dan berjaya.Bagi mengekalkan inovasi dalam kehidupan serta berdaya saing dalam pasaran, Huhtala & Parzefall (2007) menegaskan bahawa organisasi perlu memajukan lagi produk dan perkhidmatan yang berinovasi dan berkualiti tinggi serta memperbaharui cara operasi.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10643
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item