UTHM Institutional Repository

Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan tingkah laku inovasi pekerja dalam kalangan PKS di Malaysia

Mansor, Helmi and Ismail, Nurul Izzatty (2017) Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan tingkah laku inovasi pekerja dalam kalangan PKS di Malaysia. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 41-55. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terbahagi kepada dua sektor iaitu sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan atau sektor lain. Sektor pembuatan ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja. Menjelang wawasan 2020, Malaysia bakal menjadi sebuah negara maju. Walaubagaimanapun, sebuah negara maju haruslah mempunyai sektor PKS yang stabil bagi memantapkan ekonomi negara. Hal ini dapat dikongsikan dengan melahirkan sektor PKS yang berdaya saing bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Satu perkara yang sering diperkatakan dalam PKS ialah PKS mampu membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang ramai. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. PKS memainkan peranan penting bagi pembangunan industri di negara ini (Saleh & Ndubisi, 2006). Kerajaan mensasarkan peningkatan sumbangan PKS sebanyak 40 % di tahun 2015 dari 33% pada masa kini. Keupayaan PKS untuk memberi sumbangan terhadap ekonomi negara bergantung kepada pekerja yang berinovasi.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10644
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item