UTHM Institutional Repository

Hubungan antara fungsi pengurusan sumber manusia dengan aktiviti inovasi di sektor PKS kajian kes: Parit Raja dan Sri Gading, Johor

Mohd Hamdan, Hawariah and Rodzalan, Shazaitul Azreen (2017) Hubungan antara fungsi pengurusan sumber manusia dengan aktiviti inovasi di sektor PKS kajian kes: Parit Raja dan Sri Gading, Johor. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 57-67. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Industri pengeluaran dan pengilangan semakin pesat membangun ekoran daripada perkembangan teknologi dan kehendak manusia yang semakin meningkat terhadap sesuatu barangan. Oleh yang demikian, pelbagai industri pengeluaran dan pengilangan telah muncul dan bersaing antara satu sama lain untuk menghasilkan produk-produk baru demi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna di samping meningkatkan ekonomi negara. Di Malaysia, sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga turut tidak terkecuali dalam menghasilkan produk-produk untuk keperluan pengguna. Sektor PKS ini dilihat dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara disamping dapat membuka peluang pekerjaan kepada para belia (Abdullah & Ibrahim, 2011). Oleh yang demikian, kerajaan telah merangka satu pelan perusahaan atau PKS bagi tempoh 2010 hingga 2020 dan dimasukkan ke dalam Model Ekonomi Baru (MEB). Ini sejajar dengan cita-cita negara dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian selari dengan Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran dan persaingan yang perlu ditempuhi oleh pengusaha sektor PKS bagi memastikan kestabilan perusahaan mereka. Oleh yang demikian, penerapan aktiviti inovasi ketika menjalankan perusahaan dilihat mampu memberi daya saing kepada pengusaha lain (Hassan et al., 2014). Malah, prestasi perusahaan juga dilihat meningkat sejajar dengan peningkatan aktiviti inovasi ketika menjalankan perniagaan (Aghion & Steven, 2005).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 18 Feb 2019 06:55
Last Modified: 18 Feb 2019 06:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10645
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item