UTHM Institutional Repository

Karektor guru pendidikan khas aliran kemahiran berlandaskan nilai retorik dari perspektif pelajar pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia

Lee, Ming Foong and Shafii, Roziemee (2017) Karektor guru pendidikan khas aliran kemahiran berlandaskan nilai retorik dari perspektif pelajar pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia. Advanced Journal of Technical and Vocational Education, 1 (1). pp. 434-438. ISSN 25502174

Full text not available from this repository.

Abstract

Latar Belakang: Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berpandangan jauh, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan harian serta menyedari potensi diri sendiri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aliran pendidikan teknikal dan vokasional juga tidak dikecualikan pelajar yang mempunyai keperluan khas. Oleh itu, guru pendidikan khas aliran kemahiran harus mempunyai karektor yang istimewa untuk mendidik pelajar golongan ini. Namun begitu, masih belum wujudnya satu model standard guru pendidikan khas terutamanya aliran kemahiran. Objektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerapan elemen dan dimensi nilai retorik dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru aliran kemahiran bagi pelajar pendidikan khas masalah pendengaran. Keputusan: Dapatan kajian ini menunjukkan penerapan elemen nilai retorik ethos dan logos dalam kalangan guru berada pada tahap tinggi, diikuti dengan pathos pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan penerapan nilai retorik bagi kebanyakan dimensi pada tahap tinggi, hanya dimensi perasaan dan visualisasi pada tahap sederhana. Kesimpulan: Umumnyaa, guru pendidikan khas aliran kemahiran telah menerapkan nilai retorik pada tahap yang tinggi. Setiap guru digalak untuk menguasai nilai retorik supaya dapat membantu para pelajar menerokai ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh mereka dengan berkesan dan seterusnya memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar.

Item Type: Article
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10811
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item