UTHM Institutional Repository

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kompetensi pengajar TVET terhadap pengajaran teknikal berdasarkan pendekatan model Rasch

Nur Yunus, Faizal Amin and Abdul Suki, Nabilah and Abd Baser, Jamil and Masran, Saiful Hadi and Marian, Mohd Fairuz and Rahim, Mohd Bekri (2017) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kompetensi pengajar TVET terhadap pengajaran teknikal berdasarkan pendekatan model Rasch. Online Journal For TVET Practitioners, 2 (2). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian rintis dilakukan untuk mengesahkan dan memeriksa kebolehpercayaan instrumen untuk kompetensi pengajar TVET. Instrumen ini terdiri daripada 60 item dan diedarkan kepada 30 orang pengajar TVET yang terlibat dengan pengajaran teknikal di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Instrumen ini dibangunkan bagi mengukur tiga (3) konstruk; i) aspek teknikal ii)aspek pembelajaran dan metodologi dan iii) aspek kemanusiaan dan sosial. Melalui pendekatan ini, kebolehkepercayaan responden dan kebolehpercayaan item diukur dan ia lebih kukuh berbanding hanya melihat dari nilai Alpha Cronbachs’. Pendekatan Model Pengukuran Rasch (menggunakan Winstep Versi 3.69. 1. 11) mengukur dari aspek kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden, polariti dan kesesuaian item mengukur konstruk serta nilai korelasi residual terpiawai. Pendekatan ini membenarkan penyikiran item yang tidak mengikut syarat diagnosis yang telah dilakukan. Hasil daripada analisis akhir, daripada 60 item sebanyak 7 item perlu disingkirkan dan selebihnya iaitu 53 item dikenalpasti sesuai untuk digunakan untuk mengukur tiga (3) konstruk kompetensi pengajar TVET terhadap pengajaran teknikal. Responden adalah terdiri daripada responden yang sebenar memandangkan kajian ini hanya melibatkan kajian rintis.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Model pengukuran Rasch; kesahan instrumen; kebolehpercayaan item dan responden; kajian rintis; kompetensi pengajar; pengajaran teknikal
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10812
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item