UTHM Institutional Repository

Hubungan faktor-faktor penguasaan kefahaman konsep matematik dengan minat bagi pelajar sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional

Ali, Azita and Harun, Nor Aini (2017) Hubungan faktor-faktor penguasaan kefahaman konsep matematik dengan minat bagi pelajar sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional. Online Journal For TVET Practitioners, 2 (2). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti isu-isu atau permasalahan yang di hadapi pelajar dalam pendidikan matematik supaya dapat gambaran yang jelas tentang apa yang sedang berlaku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap matematik dan faktor penguasaan kefahaman konsep di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Seramai 285 orang responden dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang telah mengambil matapelajaran Matematik 1 dan Matematik 2 iaitu pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 yang merangkumi 7 program di FPTV. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui set soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk peratusan, min, sisihan piawai (SD) dan korelasi Pearson. Keputusan skor min bagi minat pelajar terhadap matematik ialah 4.2074 berada pada tahap yang tinggi, manakala bagi keputusan skor min pengajaran dan pembelajaran pula ialah 3.7023 berada pada tahap yang sederhana. Keputusan skor min bagi konsep formula pula 3.6768 berada pada tahap sederhana dan keputusan bagi konsep persekitaran pula ialah 4.2846 berada pada tahap yang tinggi. Hasil ujian korelasi Pearson bagi pengajaran dan pembelajaran dan minat pelajar ialah r = 0.484 dan terdapat hubungan positif yang sederhana kuat. Ujian korelasi bagi formula dan minat pelajar ialah r = 0.145 dan terdapat hubungan positif yang sangat lemah dan manakala ujian korelasi bagi persekitaran dan minat pelajar ialah r = 0.305 dan terdapat hubungan positif yang lemah. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa faktor penguasaan kefahaman konsep kaedah pembelajaran, faktor formula dan faktor persekitaran mempengaruhi minat pelajar terhadap matematik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kefahaman konsep matematik; minat; kaedah pembelajaran; formula dan persekitaran
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10813
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item