UTHM Institutional Repository

Kemahiran keusahawanan orang asli suku kaum Orang Kuala di Rengit Johor dalam perniagaan barangan terpakai

Roddin, Rohayu and Yusof, Yusmarwati and Mohamed Yusof, Anizam and Ibrahim Mukhtar, Marina and Muhammad Hanafi, Nurfirdawati (2017) Kemahiran keusahawanan orang asli suku kaum Orang Kuala di Rengit Johor dalam perniagaan barangan terpakai. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 3 (6). pp. 92-100. ISSN 24621714

Full text not available from this repository.

Abstract

Masalah kemiskinan merupakan isu utama dalam kalangan Orang Asli. Penglibatan Orang Asli dalam bidang keusahawanan merupakan satu pendekatan baru dalam merubah nasib serta ekonomi komuniti mereka. Pihak kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peluang dan bantuan kepada komuniti Orang Asli untuk terlibat dalam bidang keusahawanan. Namun jumlah yang menceburkan diri dalam bidang ini masih kurang. Hanya terdapat 393 usahawan Orang Asli yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengikut data pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan bilangan Orang Asli yang terdapat di Malaysia iaitu seramai 178,197 orang pada ketika itu. Antara usahawan yang berdaftar tersebut, terdapat satu komuniti Orang Asli di Rengit, Johor iaitu suku kaum Orang Kuala yang berjaya dalam bidang keusahawanan melalui perniagaan barangan terpakai. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan dalam komuniti ini bagi mengetahui ciri-ciri keusahawanan komuniti yang membawa kejayaan kepada mereka dalam perniagaan barangan terpakai.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; kemahiran keusahawanan; Orang Asli
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10816
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item