UTHM Institutional Repository

Tahap kesedaran belia mengikuti kursus pendek pogram pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di daerah Batu Pahat

Sarpan, Samihah and Mohamad, Marlina (2017) Tahap kesedaran belia mengikuti kursus pendek pogram pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di daerah Batu Pahat. Online Journal For TVET Practitioners, 2 (2). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kolej Komuniti telah menawarkan kursus pendek bagi tujuan komuniti setempat menimba pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan pendapatan. Belia didefinisikan mereka yang berumur antara 15-40 tahun merupakan sumber pemimpin modal insan dan tunggak utama dalam sesebuah negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran belia mengikuti kursus pendek, mengenalpasti tujuan belia ingin mengikuti kursus pendek dan mengenalpasti halangan belia mengikuti kursus pendek program pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Rekabentuk kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan yang menggunakan instrumen borang soal selidik dan diedarkan kepada 384 golongan belia di Daerah Batu Pahat dimana item-item yang digunakan telah memperoleh nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) setinggi 0.837. Data dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22.0 bagi mendapatkan peratus, skor min dan ujian T. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran belia adalah sederhana dan tujuan belia ingin mengikuti kursus pendek program PSH adalah meningkatkan motivasi diri dan meningkatkan keyakinan diri. Halangan belia mengikuti kursus pendek program PSH pula adalah kekangan masa untuk menghadiri. Selain itu, dapatan hasil juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kesedaran belia lelaki dan belia perempuan mengikuti kursus pendek program PSH berdasarkan jantina. Justeru, dicadangkan kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dapat menawarkan program-program separuh masa, jangka pendek dengan lebih banyak dan meningkatkan penawaran program daripada semua agensi terlibat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran sepanjang hayat; kursus pendek; kolej komuniti; belia; kesedaran
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10818
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item