UTHM Institutional Repository

Sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku murid tahun 6 terhadap alam sekitar

Liew Abdullah, Nurul Hidayah and Shafii, Haryati and Seow , Ta Wee (2017) Sumbangan pemboleh ubah peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku murid tahun 6 terhadap alam sekitar. Geografi, 5 (2). pp. 116-126. ISSN 24622400

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peramal terhadap pengetahuan, persepsi, sikap dan tingkah laku manusia terhadap alam sekitar daripada pemboleh ubah peramal yang telah ditetapkan. Kaedah soal selidik telah dijalankan untuk mendapatkan makluman dan data daripada 685 responden yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 di daerah Kulaijaya, Johor. Pemboleh ubah peramal yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pengetahuan, persepsi dan sikap murid terhadap alam sekitar manakala pemboleh ubah bersandar ialah tingkah laku murid terhadap alam sekitar. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0 telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Analisis regresi pelbagai juga diaplikasikan untuk menentukan peramal terhadap pemboleh ubah yang ditentukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peramal utama tingkah laku, pengetahuan dan sikap responden terhadap alam sekitar ialah persepsi. Kesimpulannya, tidak semua pemboleh ubah peramal yang dinyatakan dalam kajian ini menyumbang sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam pemboleh ubah yang ditetapkan terhadap alam sektar. Oleh itu, langkah yang lebih efektif perlu diambil agar kelestarian alam sekitar dapat direalisasikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Alam sekitar; peramal; pengetahuan; persepsi; sikap; tingkah laku
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10819
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item