UTHM Institutional Repository

Kebolehgunaan IQ Stick Game terhadap pelajar masalah pembelajaran dalam mata pelajaran kemahiran hidup

Amiruddin, Mohd Hasril and Shahril, Nurhayati and Abd Samad, Noorazman (2017) Kebolehgunaan IQ Stick Game terhadap pelajar masalah pembelajaran dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Online Journal For TVET Practitioners, 2 (2). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kaedah pengajaran secara bermain dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahami kemahiran yang diajar. Mata pelajaran Kemahiran Hidup masih kekurangan alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam sesi pengajaran. Oleh itu, kajian mengenai keberkesanan penggunaan IQ Stick Game terhadap minat pelajar dalam pembelajaran, penggunaan IQ Stick Game terhadap kefahaman pembelajaran, permainan IQ Stick Game (mesra pengguna), prosedur penggunaan IQ Stick Game dan penggunaan IQ Stick Game terhadap pemikiran kreatif dan kritis pelajar telah dijalankan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian pelajar masalah pembelajaran menggunakan IQ Stick Game sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Reka bentuk kajian ini ialah true experiment secara kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar masalah pembelajaran SK Bandar terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Science (SPSS) versi 22.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar meningkat secara keseluruhannya. Berdasarkan kepada dapatan kajian, IQ Stick Game sangat sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar. Sumbangan daripada kajian ini ialah pencapaian pelajar dapat ditingkatkan secara holistik melalui objektif pembelajaran yang disasarkan mengikut domain pembelajaran iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: IQ Stick Game; minat; kefahaman; permainan; penggunaan; pemikiran kreatif dan kritis; pencapaian
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:05
Last Modified: 30 Apr 2019 01:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10821
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item