UTHM Institutional Repository

Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia

Chew, Eng Sun and Madar, Ahmad Rizal (2016) Pola dan trenda dalam penyelidikan berkaitan dengan kreativiti atau pemikiran kreatif pada peringkat pasca ijazah di Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan, 7. pp. 73-88. ISSN 19853637

Full text not available from this repository.

Abstract

Kesedaran tentang kepentingan pemikiran kreatif dalam kurikulum sekolah di Malaysia telah wujud sejak tahun 1983, bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan dilangsungkan awal 1990an dengan Kurikulum Bersepadu di mana pemikiran kreatif disebatikan sebagai salah satu komponen dalam Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kini, pemikiran kreatif terus disebatikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk pelajaran sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sebarang pola dan trenda berkaitan dengan penyelidikan tentang kreativiti atau pemikiran kreatif yang dapat diakses dari pangkalan data elektronik di Pusat Dokumentasi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah kajian sejarah berbentuk analisis tajuk tesis dan dokumen (tesis) dari tahun 1979 sehingga Julai 2015 dilaksanakan dan statistik perihalan digunakan untuk memperihalkan pola dan trenda. Antara 278 tesis pengajian tinggi yang dianalisis, hanya 65 tesis adalah tesis pasca ijazah dan jumlah ini merangkumi 51 (18.4%) tesis ijazah sarjana dan 14 (5.0%) tesis ijazah kedoktoran. KBKK merupakan tema am yang terpilih di peringkat ijazah sarjana manakala kreativiti atau pemikiran kreatif menjadi tema am yang paling disukai penyelidik kedoktoran. Para pelajar (31 kajian) dan guru (22 kajian) merupakan kategori responden yang paling kerap diselidiki manakala bilangan responden atau sasaran lain seperti guru pelatih, pentadbir, responden kumpulan lain adalah tidak signifikan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tesis kedoktoran dalam kreativiti atau pemikiran kreativiti sama ada dalam bentuk “pengintegrasian” (KBKK/KBAT) atau secara terasing (stand alone) adalah sangat terhad.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pasca ijazah; pola dan trenda; kreativiti; pemikiran kreatif; KBKK; KBAT
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10824
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item