UTHM Institutional Repository

Transisi kerjaya pendidikan khas vokasional: teori dan amalan

Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam and Mohd Nassir, Siti Nor Idayu (2017) Transisi kerjaya pendidikan khas vokasional: teori dan amalan. Penerbit UTHM. ISBN 9789672110453

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para guru, keluarga, MBPK dan masyarakat tentang pendekatan yang boleh digunakan dalam membantu MBPK MP menentukan masa depan kerjaya dan kehidupan mereka. Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) MBPK MP di sekolah yang telah dapat melahirkan murid yang mampu mendapat dan mengekalkan pekerjaan hasil daripada program tersebut. Buku ini membincangkan dan menjelaskan tentang tujuh amalan dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP iaitu persekolahan, perancangan berpusatkan murid, struktur program, kolaborasi bersama institusi pendidikan vokasional awam, swasta dan industri, penglibatan keluarga, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Selain itu, perkara yang dikupas di dalam buku ini juga adalah berkaitan penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK tersebut yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cabaran dalam pelaksanaan PTK turut dijelaskan yang membawa kepada pelbagai cadangan penambahbaikan program.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Apr 2019 01:04
Last Modified: 30 Apr 2019 01:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10832
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item