UTHM Institutional Repository

Tahap kemahiran visualisasi bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di UTHM

Ariffin, Arihasnida and Mhd Razali, Nurazmiera and Hamzah, Norhasyimah and Subramaniam, Tamil Selvan and Rubani, Siti Nur Kamariah (2017) Tahap kemahiran visualisasi bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di UTHM. Online Journal For TVET Practitioners, 2 (2). pp. 1-8. ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran visualisasi pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Visualisasi adalah merujuk kepada keupayaan minda seseorang individu untuk menterjemahkan sesebuah objek kepada bentuk 2D atau 3D. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar yang terlibat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang mempelajari mata pelajaran LK. Ianya terdiri daripada pelajar jurusan Binaan Bangunan, Kimpalan dan pemesinan Am. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kemahiran visualisasi pelajar adalah dengan menggunakan ujian Spatial Visualization Ability Test (SVAT). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui Ujian-t, Skor Min dan Analysis of Varians (ANOVA). Seterusnya dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 2.1. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kemahiran visualisasi pelajar berada pada tahap yang rendah iaitu sebanyak 54% pelajar berada pada tahap yang lemah dan mendapat markah dalam lingkungan 0-40 markah. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran visualisasi pelajar dalam mata pelajaran LK mengikut jurusan antaranya ialah pelajar Binaan Bangunan, Kimpalan dan Pemesinan Am. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kemahiran visualisasi bagi mata pelajaran LK. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kemahiran visualisasi adalah merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan terutama dalam bidang kejuruteraan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran visualisasi; pendidikan teknik dan vokasional; ujian SVAT
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 31 Mar 2019 07:38
Last Modified: 31 Mar 2019 07:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10847
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item