UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian modul pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan

Muhamad Hanafi, Nurfirdawati (2002) Penghasilan dan penilaian modul pengajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PENGAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER_BAGI_MATA_PELAJARAN_.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI BANG full.pdf

Download (95MB)

Abstract

Kajian ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan penggunaan Modul Pengajaran Berbantukan Komputer (MPBK) dalam mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penilaian pensyarah dan pelajar terhadap MPBK yang dihasilkan dan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan percubaan iaitu pelajar yang menggunakan MPBK dengan kumpulan terkawal iaitu pelajar yang melalui kaedah pembelajaran tradisional. Ia juga bertujuan untuk melihat sama ada MPBK yang dihasilkan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian pelajar. Responden terdiri daripada 5 orang pensyarah mata pelajaran Teknologi Bangunan dan Bahan dan 56 orang pelajar Diploma Ukur Bahan semester 2 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Dapatan data diperolehi dengan mengedarkan borang penilaian MPBK dan menjalankan ujian formatif ke atas pelajar. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif iaitu skor min dan peratus serta analisis inferens iaitu ujian-t dan kolerasi pearson. Hasil kajian menunjukkan pelajar dan pensyarah memberikan penilaian positif terhadap pendekatan MPBK. Didapati juga, pelajar kumpulan percubaan memperlihatkan tahap pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajar kumpulan terkawal dalam ujian formatif yang dijalankan. Daripada kajian juga didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara MPBK dengan tahap pencapaian pelajar. Ini menunjukkan bahawa MPBK yang baik dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Dengan ini MPBK yang dihasilkan berpotensi diketengahkan sebagai alat bahan bantu mengajar yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 19 Apr 2011 06:59
Last Modified: 10 Nov 2019 04:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1086
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year