UTHM Institutional Repository

Hubungan antara personaliti dan tingkah laku kerja inovatif

Maarop, Fatin Fadzliana and Rashid, Umi Kartini (2017) Hubungan antara personaliti dan tingkah laku kerja inovatif. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 103-113. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Personaliti merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam memahami tingkah laku manusia. Menurut Magnavita (2002), personaliti ialah cara biasa seseorang individu berfikir, bertutur, berperwatakan dan bertindak balas kepada persekitaran. Personaliti telah terbukti berkait rapat dengan tingkah laku dan sikap di tempat kerja (Kumar & Bakhshi, 2010). Oleh itu, salah satu cara untuk memahami tingkah laku kerja individu dalam organisasi adalah dengan melaksanakan kajian sifat personaliti. Oleh yang demikian, hubungan antara personaliti dan tingkah laku kerja menjadi topic yang sering dikaji dalam bidang psikologi (Barrick et al., 2001). Neely & Hii (1998) mentakrifkan inovasi sebagai “ekspoitasi idea baru”. Menurut Palangkaraya et al. (2010) pula, inovasi ialah pengenalan bentuk baru pengeluaran (proses dan produk) di tempat kerja. Manakala Amabile (1996) pula mengatakan bahawa inovasi ialah kejayaan pelaksanaan idea-idea kreatif dalam sesebuah organisasi. Ini bermakna, organisasi yang berinovatif akan menggalakkan dan menyokong pekerja untuk mengemukakan idea baru dan mencuba perkara baru. Selain daripada itu, menurut Kanter (2001), proses pembelajaran merupakan salah satu cara berkesan untuk pekerja mempelajari sesuatu perkara. Dengan cara ini, perkerja akan lebih bersemangat dan tidak cepat putus asa dalam mencuba sesuatu yang baru. Kreativiti dan inovasi ini boleh ditingkatkan dalam diri seseorang melalui latihan dan pembelajaran.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 13 May 2019 01:11
Last Modified: 13 May 2019 01:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11159
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item