UTHM Institutional Repository

Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan (CD-ROM) pembelajaran pengorganisasian di politeknik

Abdul Halim, Mohd Hafiz (2003) Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan (CD-ROM) pembelajaran pengorganisasian di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_DAN_PENILAIAN_VIDEO_DOKUMENTARI_PENDIDIKAN_(CD-ROM)_PEMBELAJARAN_PENGORG.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN (CD-ROM) PEMBELAJARAN PENGORGANISASIAN DI P full.pdf

Download (3MB)

Abstract

Alat bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, penggunaan aplikasi teknologi yang bersesuaian mendorong pembelajaran pelajar yang optimum. Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan bertujuan untuk Menghasil Dan Menilai Video Dokumentari Pendidikan (CD ROM) Pembelajaran Pengorganisasian dikalangan pelajar-pelajar Diploma Akauntasi di Politeknik. Responden bagi kajian ini adalah seramai 59 orang pelajar. Rekabentuk Tinjauan dan Kuasi Eksperimen digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan ujian bertulis. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) bagi mendapatkan keputusan Purata Skor dan Ujian t Sampel Tidak Bersandar. Dapatan kajian ini menunjukkan responden bersetuju dalam semua ciri-ciri Video Dokumentari Pendidikan (CD ROM) Pembelajaran Pengorganisasian yang dikaji adalah baik. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan bagi min peningkatan pencapaian diantara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Audio-visual education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 07:13
Last Modified: 13 Nov 2019 06:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1116
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year