UTHM Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan

Mokhtar, Nurul Syamshida (2003) Persepsi pelajar terhadap penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img] Text
24_Pages_from_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(MPK)_BAGI_MATAPELA.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full text)
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGHASILAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI MATAPELAJARAN PENGAJIA full.pdf

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan. MPK yang dibina adalah berbentuk CD dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di sarnping itu, kajian ini juga akan melihat sarna ada penghasilan MPK dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian iill terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik 1 Kuantan, Pahang. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar dengan skor min 3.19, di samping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran dengan skor min keseluruhan 3.24. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
H Social Sciences > HF Commerce > HF1101-1186 Business education. Commercial education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 19 Apr 2011 07:54
Last Modified: 07 Nov 2019 07:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1117
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year