UTHM Institutional Repository

Penghasilan modul pembelajaran kendiri berasaskan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Teknologi Bahan 1 (J 3022) Kursus Kejuruteraan Mekanikal

Mat Taib, Noor Hayati (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri berasaskan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Teknologi Bahan 1 (J 3022) Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_BERASASKAN_CAKERA_PADAT_DALAM_PENGAJARAN_DA_P.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGHASILAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN CAKERA PADAT DALAM PENGAJARAN DA PEMBELAJARAN BA full.pdf

Download (26MB)

Abstract

Pendidik menyedari akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para pelajar. Dalam beberapa keadaan mereka mampu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan. Namun begitu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, kita dapati bahawa para pelajar biasanya terikat pada turutan pengajaran dan bahan pembelajaran yang sama. Oleh yang demikian, salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Langkah ini membolehkan kemudahlenturan dari segi pemilihan dan penggunaan bahan P&P serta memberi sedikit kebebasan kepada pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing. Berdasarkan perkara ini, satu Modul Pengajaran Kendiri "Teknologi Bahan 1" dihasilkan bagi membantu pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Semester Dua di Politeknik Port Dickson. Objektif kajian ini untuk menghasilkan MPK yang mempunyai skop kandungan isi serta ciri-ciri yang menarik supaya dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar serta menarik minta pelajar mengikut pelajaran dalam topik 'Struktur Bahan dan Pemejalan'. Responden terdiri daripada 78 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester Dua Politeknik Port Dickson. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi aspek skop kandungan dan kesesuaian isi adalah 3.95, aspek ciri-ciri CD-MPK adalah 3.68, aspek kefahaman adalah 3.78, manakala dalam aspek memenuhi keperluan dan kehendak pelajar adalah 3.93. Ini jelas membuktikan bahawa CD-MPK yang dihasilkan adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan P&P masa kini. Oleh yang demikian, dicadangkan agar CD-MPK yang dihasilkan bagi semua mata pelajaran yang diajar di politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 19 Apr 2011 08:02
Last Modified: 11 Nov 2019 00:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1119
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year