UTHM Institutional Repository

Transformasi ke arah konsep kolej kediaman lestari di universiti awam Malaysia

Buyung, Mohd Reduan and Shafii, Haryati and Yusoff, Noor Ain (2018) Transformasi ke arah konsep kolej kediaman lestari di universiti awam Malaysia. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 11 (1). pp. 34-49. ISSN 24621951

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini merupakan kajian awalan bagi mentransformasikan kolej kediaman sedia ada kepada konsep kolej kediaman lestari di universiti awam Malaysia. Permasalahan utama kajian adalah kekurangan garis panduan yang lengkap bagi membangunkan kolej kediaman yang selesa dan konduksif. Permasalahan ini membawa kepada kelemahan dan kekurangan dalam penyediaan kemudahan sokongan di kolej kediaman seterusnya mencetuskan ketidakselesaan kepada penghuni. Kesannya juga mengakibatkan gangguan terhadap kelestarian kolej kediaman dan akhirnya mengundang kepada kemerosotan kualiti hidup penghuni. Metodologi kajian adalah berdasarkan tinjauan literatur terhadap elemen berkaitan kolej kediaman,Teori Keperluan Maslow, kemudahan di kolej kediaman, keselesaan penghuni, pembangunan lestari dan kualiti hidup. Hasil kajian menemukan maklumat kolej kediaman sebagai keperluan asas penghuni untuk hidup di universiti, keperluan pembangunan kemudahan yang konduksif untuk akademik dan sahsiah diri, keselesaan menjadi keutamaan penghuni, pembangunan lestari sebagai teras konsep kolej kediaman lestari dan kesan kepada kualiti hidup penghuni secara keseluruhan. Penemuan dalam kajian ini akan digunakan bagi membantu kajian mentransformasikan kolej kediaman kepada konsep kolej kediaman lestari yang menyediakan kemudahan secara lengkap, selesa dan konduksif seterusnya membawa kepada peningkatan kualiti hidup penghuni kolej kediaman di universiti awam Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kolej kediaman; kemudahan; keselesaan; lestari dan kualiti hidup
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH845-895 Architectural engineering. Structural engineering of buildings
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 23 Jun 2019 07:01
Last Modified: 23 Jun 2019 07:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11270
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item