UTHM Institutional Repository

Reka bentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET

Mohd Jamil, Mohd Ridhuan (2007) Reka bentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
24_Pages_from_REKA_BENTUK_KERANGKA_PIAWAIAN_TRANSNASIONAL_BAGI_PROGRAM_TENAGA_PENGAJAR_TVET.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan domain-domain keterampilan yang akan digunakan di dalam rekabentuk kerangka piawaian transnasional bagi program tenaga pengajar TVET. Terdapat enam domain yang akan dijadikan asas dalam membentuk kriteria keterampilan tenaga pengajar TVET iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Etika & Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti Sosial. Kajian yang dijalankan ini mempakan satu kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instmmen soal selidik dan disokong oleh temubual semi-stmktur. Bilangan sampel yang terlibat 220 orang dan terdiri daripada tenaga pengajar TVET di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Sultan Azlan Shah dan para pegawai di Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 for Windows (Statistical Packages for The Social Sciences). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai skor min bagi pengetahuan adalah 4.46, nilai skor min bagi kemahiran adalah 4.42, nilai skor min bagi etika & profesionalisme adalah 4.35, nilai skor min bagi proses sosial adalah 4.30, nilai skor min bagi akauntabiliti sosial adalah 4.27 dan nilai skor min bagi keusahawanan adalah 3.55. Ini menunjukkan kesemua domain keterampilan yang dinyatakan adalah diperlukan dalam mereka bentuk Kerangka Piawaian Transnasional Bagi Program Tenaga Pengajar TVET.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: M.Iqbal Zainal A
Date Deposited: 19 Apr 2011 07:28
Last Modified: 29 Apr 2011 06:43
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1128
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year