UTHM Institutional Repository

Pengurusan sistem penuaian air hujan di Zoo Negara, Selangor

Shareh Musa, Sharifah Meryam and Selamat, Nurul Atiqah Nabilah and Md Yassin, Azlina and Shafii, Haryati (2018) Pengurusan sistem penuaian air hujan di Zoo Negara, Selangor. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2 (1). pp. 67-75. ISSN 25904310

Full text not available from this repository.

Abstract

Air adalah keperluan utama sama ada kepada manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah teknologi yang digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan dari atas bumbung untuk digunakan semula. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengaplikasian SPAH dan keberkesanan SPAH daripada segi kuantiti air yang dikumpulkan. Kajian ini dijalankan adalah di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor. Kajian ini hanya memfokuskan pada fasa kedua pengaplikasian SPAH di Zoo Negara. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dan temu bual. Hasil kajian mendapati faktor yang mempengaruhi pengaplikasian SPAH di Zoo Negara ialah keperluan tasik, membaiki kualiti air tasik dan taburan hujan. Bagi objektif kedua, hasil daripada ujian kualiti air yang dilakukan pihak NAHRIM mendapati status kualiti air tasik tersebut telah berubah daripada Kelas IV (tercemar) kepada Kelas III (sederhana tercemar). Air hujan juga mampu untuk menampung keperluan air tasik tersebut. Responden juga bersetuju bahawa pengaplikasian SPAH di Zoo Negara bagi fasa kedua adalah berkesan. Hasil daripada kajian ini, dapat memberi manfaat kepada pihak kerajaan untuk menggalakkan pemasangan SPAH di Zoo bagi negeri-negeri lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: SPAH; zoo; pengaplikasian; keberkesanan
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 23 Jun 2019 07:02
Last Modified: 23 Jun 2019 07:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11319
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item