UTHM Institutional Repository

Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian

Abd Samad, Noorazman and Wan Ahmad, Wan Mohd Rashid and Harun, Hairuddin and Amiruddin, Mohd Hasril and Hashim, Suhaizal and Ja’apar, Faizah (2018) Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal For TVET Practitioners. ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian dari aspek amalan, kemahiran dan sikap serta perbezaan berdasarkan jantina guru terhadap ketiga-tiga aspek tersebut. Kajian ini melibatkan 198 orang responden iaitu terdiri daripada guru-guru SMK Sri Tanjung, SMK Benut, SMK Ayer Baloi dan SMK Parit Betak di daerah Pontian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data analisis diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 17.0 (SPSS) dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian t “Independent Samples T-Test”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan guru terhadap BBM dalam P&P dari ketiga-tiga aspek berada pada tahap tinggi iaitu aspek amalan (skor min 3.89), aspek kemahiran (skor min 3.86) dan aspek sikap (skor min 3.86). Manakala, dapatan kajian Ujian t “Independent Samples T-Test” menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dari aspek amalan (p>0.05=0.803), aspek kemahiran (p>0.05=0.518) dan aspek sikap (p>0.05=0.447) guru terhadap penggunaan BBM dalam proses P&P. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa penggunaan BBM dalam P&P adalah penting untuk menarik minat dan meningkatkan prestasi pelajar serta mencapai objektif pengajaran guru terhadap sesuatu mata pelajaran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Amalan; kemahiran; sikap; bahan bantu mengajar; pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 31 Jul 2019 00:58
Last Modified: 31 Jul 2019 00:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11342
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item