UTHM Institutional Repository

Analisis tahap kesukaran bagi topik dalam Kursus Teknologi Elektrik 2 dari perspektif pelajar

Sharif, Mohd Zamri and Lee, Ming Foong (2018) Analisis tahap kesukaran bagi topik dalam Kursus Teknologi Elektrik 2 dari perspektif pelajar. Online Journal For TVET Practitioners, 3 (1). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kursus Teknologi Elektrik 2 (TE2) merupakan salah satu kursus wajib bagi pelajar Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kursus ini mengandungi empat topik utama dan sub-topik. Analisis pencapaian pelajar dalam kursus ini bagi enam semester lepas menunjukkan bahawa majoriti pelajar mendapat keputusan gred B+ dan ke bawah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesukaran bagi setiap sub-topik yang terkandung di dalam kursus TE2. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Soal selidik diguna sebagai instrumen bagi kajian ini. Sampel kajian melibatkan 20 orang pelajar yang pernah mempelajari kursus ini melalui teknik persampelan bertujuan secara rawak. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan frekuensi dan peratusan. Hasil kajian ini mendapati bahawa sub-topik “Voltan dan Fasa Seimbang bagi sambungan Bintang dan Delta” dalam topik ketiga merupakan sub-topik yang sukar untuk difahami dan dikuasai oleh pelajar. Hasil kajian ini turut dipersetujui oleh dua orang pensyarah yang penah mengajar kursus ini melalui temu bual. Dapatan ini boleh membantu pensyarah untuk memberi penekanan bagi sub-topik ini semasa mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran kursus TE2.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kursus Teknologi Elektrik 2; tahap kesukaran; sub-topik
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 31 Jul 2019 00:58
Last Modified: 31 Jul 2019 00:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11343
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item