UTHM Institutional Repository

Amalan keselamatan pelajar dalam bengkel katering

Ismail, Mohd Erfy and Hashim, Suhaizal and Marian, Mohd Fairuz and Rahim, Mohd Bekri and Yunus, Faizal Amin Nur and Masran, Saiful Hadi (2018) Amalan keselamatan pelajar dalam bengkel katering. Online Journal For TVET Practitioners, 3 (1). ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam bidang Pendidikan Teknikal & Vokasional (PTV), proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakkannya menggunakan pembelajaran melalui kaedah amali atau - yang semakin moden dan canggih memerlukan pengurusan keselamatan yang secukupnya kerana kerja amali yang dilakukan di dalam bengkel mudah terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan sekiranya keselamatan diabaikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara tinjauan bertujuan mengkaji sejauh mana persepsi, pengetahuan dan sikap pelajarpelajar yang mengambil jurusan katering di Kolej Vokasional (KV) Muar mengenai amalan keselamatan di bengkel. Populasi dan sampel dalam kajian ini adalah 90 responden yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan. Responden kajian ini adalah daripada pelajar tahun satu sehingga pelajar tahun empat dalam bidang katering yang terdiri daripada keseluruhan populasi kajian yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Sosial Sciences) versi 21.Berdasarkan kajian rintis yang dilaksanakan, nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.91 dan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa amalan keselamatan yang baik memberikan kesan dan pengaruh yang positif terhadap pengetahuan, sikap dan persepsi pelajar. Selain itu, kajian menunjukkan sikap yang mengamalkan budaya kerja yang selamat dan teratur mampu mewujudkan sikap yang berdisplin dan bertanggungjawab.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Persepsi; pengetahuan; sikap; amalan keselamatan; katering
Subjects: T Technology > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 31 Jul 2019 00:58
Last Modified: 31 Jul 2019 00:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11345
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item