UTHM Institutional Repository

Inovasi mengurus projek pembinaan melalui penggunaan building information modelling (BIM) dalam industri pembinaan

Kasim, Narimah and Mohd Noh, Hamidun and Razali, Amira (2018) Inovasi mengurus projek pembinaan melalui penggunaan building information modelling (BIM) dalam industri pembinaan. In: Inovasi Pengurusan Pembinaan. Penerbit UTHM, pp. 5-21. ISBN 9789672183518

Full text not available from this repository.

Abstract

Industri pembinaan pesat membangun mengikut proses modenisasi daripada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berperananan penting dalam proses transformasi. Penggunaan Building Information Modeling (BIM) dalam industri pembinaan diharapkan dapat memperbaiki reka bentuk dan penghasilan pembinaan melalui visualisasi 3D, pengeluaran lukisan secara automatik, dokumentasi, mendapatkan maklumat data yang konsisten, pengesanan konflik, pengiraan bahan binaan secara automatik (Haron, 2013). Teknologi BIM menyediakan satu pangkalan data berorientasikan objek terdiri daripada model pintar 3D dengan maklumat bersepadu dan pangkalan data hubungan yang saling berkaitan (Hamid, 2015). Penggunaan Building Information Modeling (BIM) secara berkesan dan menyeluruh amat penting dalam pelaksanaan projek pembinaan yang melibatkan proses rekabentuk bangunan, teknik pembinaan dan strategi pengurusan fasiliti (Hoezen et al., 2006). BIM telah diperkenalkan dalam industri pembinaan Malaysia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak tahun 2007. Sejak itu, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penggunaan BIM dalam projek pembinaan (Ahmad Latiffi et al., 2014).

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1000-1727 Systems of building construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:42
Last Modified: 29 Aug 2019 03:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11468
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item