UTHM Institutional Repository

Penilaian keberkesanan program latihan dan tahap prestasi pekerja

Ismail, Fadillah and Md. Yusoff, Rosman and Mohd Nor, Norasmiha (2018) Penilaian keberkesanan program latihan dan tahap prestasi pekerja. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 3-10. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembangunan ekonomi Malaysia yang begitu pesat dalam pelbagai bidang seperti perindustrian, perkhidmatan, perhubungan dan teknologi telah menyebabkan setiap pekerja dalam organisasi perlu dibekalkan dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang mampu untuk bersaing dengan lebih cemerlang, agar dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti. Justeru itu, Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke-11 bertindak untuk memperkenalkan program peningkatan kemahiran pekerja yang berteraskan industri, antaranya melalui usaha daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) yang akan melancarkan program latihan dalam industri pembinaan dan automotif (Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016). Oleh itu, keperluan melatih golongan pekerja dalam pelbagai kemahiran adalah penting bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri sebagai tenaga pekerja yang lebih fleksibel. Sumber-sumber untuk latihan, latihan semula dan orientasi membolehkan pekerja bertindak balas terhadap perubahan era teknologi. Lantaran itu, latihan adalah merupakan antara aktiviti pembangunan sumber manusia yang perlu dititikberatkan oleh organisasi kerana merupakan suatu cara yang paling berkesan dalam peningkatan mutu tenaga pekerja (Rahmah et al., 2015).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:42
Last Modified: 29 Aug 2019 03:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11470
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item