UTHM Institutional Repository

Faktor persekitaran kerja dan faktor ciri-ciri pelatih terhadap pemindahan latihan

Ismail, Fadillah and Jaes, Mohd. Lutfan and Abdul Kadir, Adibah (2018) Faktor persekitaran kerja dan faktor ciri-ciri pelatih terhadap pemindahan latihan. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 11-18. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Latihan merupakan salah satu aktiviti untuk membangunkan sumber manusia organisasi. Latihan boleh ditakrifkan sebagai perolehan pembelajaran dan penyesuaian diri yang sistematik dengan kemahiran, konsep, sikap, dan sebagainya yang akan menghasilkan peningkatan prestasi pelatih (Borate, Gopalkrishna dan Borate, 2014). Latihan diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat organisasi melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap pekerja. Lantaran itu, penubuhan pusat-pusat latihan merupakan satu usaha pelaburan dalam memastikan sumber manusia dapat dibangunkan selari dengan hasrat organisasi. Kewujudan maktab-maktab perguruan merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tenaga pengajarnya dilengkapi dengan ilmu yang sempurna bagi mendidik anak bangsa. Maktab-maktab perguruan bukan hanya untuk melatih guru-guru yang baru melangkah ke alam perguruan tetapi juga untuk melatih mereka yang telah berkhidmat melalui pelbagai jenis kursus yang dianjurksn seperti kursus pedagogi, peningkatan sahsiah, sekolah bistari dan yang terkini adalah ETeMS. ETeMS merupakan singkatan kepada English for the Teaching of Mathemathics dan Science. Ia merupakan satu usaha pelaburan jangka panjang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengubah sistem pendidikan bagi menyokong Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:42
Last Modified: 29 Aug 2019 03:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11471
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item