UTHM Institutional Repository

Keberkesanan amalan latihan keselamatan dan komitmen organisasi

Ismail, Fadillah and Amin, Fatimatuzzahro and Johar, Siti Sarawati (2018) Keberkesanan amalan latihan keselamatan dan komitmen organisasi. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 19-27. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam mengejar era globalisasi dan teknologi yang semakin pesat membangun, isu keselamatan pekerja di tempat kerja semakin dilupakan (Mukhari, Abd. Wahid dan Marimuthu, 2010). Setiap tahun laporan mengenai kemalangan di tempat kerja semakin meningkat (Siti Nakiah, Noor Raudhiah dan Hashim, 2015). Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan pengamalan keselamatan di organisasi semakin menurun. Organisasi lebih menumpukan kepada keuntungan semata dan isu keselamatan pekerja dilupakan (Mukhari, Abd. Wahid dan Marimuthu, 2010). Kemalangan dan kecederaan pekerja merupakan isu yang masih menjadi kebimbangan dalam organisasi (Chandrakantan et al., 2013). Mengambil serius mengenai keselamatan di tempat kerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah diwujudkan bertujuan untuk memastikan setiap majikan dalam mana-mana organisasi mematuhi serta menjaga aspek keselamatan setiap pekerja. Oleh itu, AKKP mestilah dijadikan sebagai panduan kepada mana-mana organisasi mahupun pekerja dalam menilai dan menunaikan tanggungjawab pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:42
Last Modified: 29 Aug 2019 03:42
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11472
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item