UTHM Institutional Repository

Penilaian amalan latihan keselamatan dan kesihatan (OSH)

Ismail, Fadillah and Ani, Fauziah and Maulad Bahrol, Khadijah (2018) Penilaian amalan latihan keselamatan dan kesihatan (OSH). In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 29-41. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Komitmen pekerja didefinisikan sebagai setiap tugas yang dijalankan, tingkah laku dan sumbangan pekerja yang dilakukan secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada organisasi serta kepuasan kerja diutamakan (Mohamad, M. et al., 2011; Noralai & Norhasni, 2010). Malahan, komitmen dalam kalangan pekerja merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan kejayaan organisasi. Pekerja yang komited merupakan aset yang bernilai kepada organisasi kerana mereka berupaya membantu organisasi mencapai matlamat dengan lebih berkesan (Nazihah, 2011). Amalan latihan keselamatan juga amat penting dan perlu dilakukan di mana-mana kawasan yang mana penyelia dan pekerja dirasakan sesuai untuk memastikan kecekapan (Dessler, 2015). Menurut Nouruddeen. & Choi,(2015) latihan dalam sesebuah organisasi pada dasarnya adalah merupakan pembelajaran yang mana pengurusan, sumber manusia atau latihan bagi kakitangan di dalam organisasi atau luar organisasi yang melakukan penyediaan kepada pekerjaanya melalui peluang pembelajaran dengan cara yang lebih berstruktur. Setiap organisasi yang beroperasi pasti mempunyai risiko kecederaan yang tersendiri sepanjang menjalankan kerja. Hal ini telah dibuktikan lagi dengan laporan kenaikan kes kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan ia melibatkan beberapa tempat di Malaysia (SOCSO, 2014). Oleh yang demikian, perancangan dari aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan dalam menguruskan sesebuah organisasi.

Item Type: Book Section
Subjects: T Technology > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11473
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item