UTHM Institutional Repository

Keberkesanan program latihan sukarelawan

Ismail, Fadillah and Damin, Zahrul Akmal and Mohd. Rosli, Nor Amalina (2018) Keberkesanan program latihan sukarelawan. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Series 1 . Penerbit UTHM, pp. 43-52. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Populasi penduduk Malaysia yang semakin bertambah sehingga mencecah 31.7 juta pada tahun 2016 (Utusan Malaysia, 2016), telah mengorak langkah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyeru lebih ramai orang awam sehingga mensasarkan seramai 2 juta sukarelawan di bawah APM untuk ditempatkan di seluruh kawasan termasuk di peringkat komuniti untuk bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan mahupun bencana (Sinar Harian, 2016). Justeru itu, pihak APM telah menyediakan latihan khusus untuk orang awam supaya mereka menjadi lebih mahir terhadap tindakan awal yang perlu dilakukan dan menjadi lebih peka akan bencana yang dihadapi di Malaysia (www.civildefence.gov.my). Oleh hal yang demikian, pihak APM perlu memastikan agar latihan yang dijalankan mengikut piawai dan objektif sebenar latihan supaya motif utama latihan dapat dicapai dengan jayanya selain dari peruntukan yang besar telah dilaburkan, sumber dan masa untuk melaksanakan program (Bersin, 2003). Latihan diberikan bertujuan untuk meningkatkan aspek ilmu (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan sikap (afektif) yang lebih positif dalam kalangan pekerja (Anida, 2016, Norhasni, 2014).

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11474
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item