UTHM Institutional Repository

Pemindahan pembelajaran dalam kalangan jurulatih

Ismail, Fadillah and Mohd Rosli, Nor Amalina and Damin, Zahrul Akmal (2018) Pemindahan pembelajaran dalam kalangan jurulatih. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 53-60. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah mengubah pola dan strategi dalam bidang perniagaan, industri, perdagangan mahupun perkhidmatan awam (De Grip, 2015). Bagi anggota tentera, peningkatan ilmu pengetahuan amat diperlukan sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (2009) ketika Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Jangka Pendek ke-72 seperti mana berikut: “Dalam keadaan negara yang pesat membangun terutama sekali organisasi seperti ATM yang menjalani proses pemodenan, warga ATM harus sedar kepentingan ilmu dan kebijaksanaan amat diperlukan. Kebijaksanaan ini diperlukan dalam mengendalikan peralatan dan sistem yang diperlukan dalam ketenteraan sekaligus menghalang anasir luar yang tidak diingini” (Berita Minggu, 25 Januari 2009). Pembelajaran adalah proses akumulasi maklumat dan matlamat secara berterusan yang berlaku dalam diri individu sejak dilahirkan (Mohd Azhar, Paimah, Muhamad Fauzi dan Mohd Nasir, 2004). Ia merupakan satu pendekatan penting untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan sikap (Zulkarnain, Saziana dan Adanan, 2008).

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11475
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item