UTHM Institutional Repository

Keberkesanan peranan kesatuan sekerja terhadap kepuasan pekerja

Ismail, Fadillah and Bahrol, Khadijah Maulad and Ani, Fauziah (2018) Keberkesanan peranan kesatuan sekerja terhadap kepuasan pekerja. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 63-70. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga kepentingan-kepentingan para pekerja sehingga menjadikan setiap pekerja sebagai aset penting dan besar kepada negara. Sumbangan kaum pekerja dan persatuan-persatuan sekerja terhadap perkembangan ekonomi yang pesat dan pembangunan negara terutama dalam industri perusahaan, sedikit sebanyak membantu negara untuk menjejaki matlamat menerusi Industri Revolusi 3.0. Memandangkan kepentingannya, maka pada 26 Mac 1950, Kongres Kesatuan Sekerja Malaya atau Malayan Trade Union Congress (MTUC) telah ditubuhkan, melalui satu Persidangan Kali Kedua Perwakilan Kesatuan Sekerja Malaya yang telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur (Abu Bakar, 2000). Balakrishnan (2003) menyatakan salah satu fokus kesatuan sekerja adalah untuk memperbaiki kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja menurut kehendak undang-undang, menyelesaikan isu pengangguran dan guna tenaga, dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja. Ini juga termasuk kebajikan pekerja yang antaranya ialah perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan, pembangunan sumber manusia, mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak, kesihatan dan keselamatan pekerja dan juga kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11476
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item