UTHM Institutional Repository

Hubungan di antara kesatuan sekerja, komitmen dan motivasi kerja

Ismail, Fadillah and Amin, Fatimatuzzahro and Johar, Siti Sarawati (2018) Hubungan di antara kesatuan sekerja, komitmen dan motivasi kerja. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 71-79. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam sesebuah organisasi kerja, tumpuan utama pihak pengurusan adalah pada tingkah laku pekerja yang berkaitan dengan produktiviti tinggi yang juga merupakan matlamat utama sesebuah organisasi. Percubaan untuk menerangkan tingkah laku manusia di tempat kerja merupakan satu model yang telah dibentuk oleh Sutermeister (1969). Walaupun model-model dan teori-teori berkaitan cuba menerangkan hanya satu fenomena manusia di tempat kerja iaitu produktiviti, namun faktor-faktor yang diutarakan menyediakan pengetahuan yang mendalam tentang tingkah laku individu dalam organisasi kerja. Menurut beliau, produktiviti juga dipengaruhi oleh pembangunan teknologi dan prestasi kerja. Prestasi kerja adalah hasil keupayaan, motivasi dan komitmen pekerja. Keupayaan pekerja adalah hasil daripada pengetahuan dan kemahiran individu. Sementara itu, motivasi dan komitmen pekerja adalah hasil daripada kesan kondisi-kondisi fizikal, keperluan-keperluan individu dan kondisi-kondisi sosial. Setiap daripada faktor-faktor ini dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kepimpinan organisasi, organisasi formal dan tidak formal serta pelbagai faktor sampingan yang lain.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11477
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item