UTHM Institutional Repository

Persepsi pekerja terhadap kesatuan sekerja

Ismail, Fadillah and Abdul Kadir, Adibah and Jaes, Mohd Lutfan (2018) Persepsi pekerja terhadap kesatuan sekerja. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 81-90. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Pekerja pada masa kini berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang berlaku di sekelilingnya termasuklah ketidaksefahaman berhubung sesuatu keputusan atau tindakan, dalam melaksanakan pekerjaan dengan majikannya. Dalam banyak keadaan, pendapat yang berlainan ini akan mendorong berlakunya konflik hubungan yang serius antara pekerja dan majikan. Apabila pekerja merasakan yang diri mereka tertindas dengan keputusan yang diambil oleh majikan, pekerja cenderung untuk bersatu dan menuntut keadilan melalui suara majoriti pekerja. Suara majoriti pekerja ini timbul melalui kesepakatan sekumpulan pekerja dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan dan pekerjaan mereka di tempat kerja yang akhirnya membentuk satu kesatuan sekerja. Campur tangan kesatuan sekerja dilihat sebagai satu pilihan yang ada bagi pihak pekerja untuk mewakili pekerja dalam setiap rundingan dan tuntutan. Kesatuan sekerja telah memainkan peranan aktif dalam usaha melindungi kebajikan pekerja melalui rundingan, piket dan mogok untuk mendesak majikan agar mengamalkan hubungan industri yang lebih adil kepada pekerja. Akta Kesatuan Sekerja 1959 mendefinisikan kesatuan sekerja sebagai satu persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia dan diiktiraf oleh pihak majikan dan kerajaan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11478
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item