UTHM Institutional Repository

Komitmen kesatuan sekerja terhadap kebajikan pekerja di sektor perkilangan

Ismail, Fadillah and Md. Yusoff, Rosman and Mohd Nor, Norasmiha (2018) Komitmen kesatuan sekerja terhadap kebajikan pekerja di sektor perkilangan. In: Keberkesanan Latihan dan Kesatuan Sekerja. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 91-100. ISBN 9789672183235

Full text not available from this repository.

Abstract

Kesatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga kepentingan-kepentingan para pekerja. Keberkesanan kesatuan sekerja memberikan kepuasan kerja yang tinggi jika kehidupan kerja mereka dapat diperbaiki dengan lebih baik lagi dari segi gaji, kenaikan pangkat, keselamatan kerja, perlindungan daripada dibuli dan menikmati pelbagai faedah lain (Rosli, 2009). Menurut Flannery (2016), pekerja-perkerja yang menyertai kesatuan sekerja adalah untuk meningkatkan gaji dan keadaan kerja bagi memastikan kesaksamaan serta proses yang wajar di tempat kerja dan berada dalam masyarakat yang luas, kerana mereka dapat mengenal pasti nilai-nilai dan matlamat kesatuan tersebut”. Daripada laporan tahunan Kementerian Sumber Manusia 2016, iaitu daripada statistik Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menunjukkan peningkatan dalam jumlah kesatuan sekerja dan jumlah keanggotaan. Bagi jumlah kesatuan sekerja pada tahun 2016 adalah sebanyak 725, manakala jumlah keanggotaan pula adalah sebanyak 927,802 orang pada tahun 2016. Ramesh (2012) menyatakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 (dipinda pada tahun 1980), menyediakan rangka perundangan bagi hubungan industri di Malaysia yang secara langsung mempengaruhi pertumbuhan kesatuan sekerja di Malaysia.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation Management
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:45
Last Modified: 29 Aug 2019 03:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11479
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item