UTHM Institutional Repository

ABBM berbantukan augmented reality bagi subjek kemahiran menggegas

Ismail, Mohd Erfy and Ismail, lrwan Mahazir and Rahim, Mohd Bekri (2018) ABBM berbantukan augmented reality bagi subjek kemahiran menggegas. In: Pembangunan Produk dan Reka Bentuk. Siri 3 . Penerbit UTHM, pp. 38-51. ISBN 9789672216025

Full text not available from this repository.

Abstract

Perkembangan Teknologi Maklumat yang pesat pada hari ini telah memberi satu nafas baru kepada penggunaan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan. Salah satu perkembangan yang semakin popular pada masa kini ialah teknologi Augmented reality (AR) yang menggunakan teknologi mengimbas barcode sebagai media pembelajaran. Kajian ini bertujuan membina satu multimedia interaktif yang berasaskan teori pengajaran pembelajaran dan reka bentuk yang bersesuaian bagi mata pelajaran Kemahiran Menggegas berdasarkan sukatan pelajaran Kolej Vokasional. Faktor- fakor yang menyumbang kepada kajian ini ialah, kaedah pengajaran guru, keselamatan ketika proses P&P, visualisasi pelajar dan kekurangan ABBM dalam subjek Kemahiran Menggegas. Bagi fasa pembangunan fitting kit, pengkaji menggunakan model ADDIE sebagai rujukan dan panduan. Populasi kajian melibatkan 125 orang pelajar Pemesinan lndustri di KV Kluang dan sampel kajian ialah 30 orang pelajar tahun 1 kursus Pemesinan lndustri yang mengambil subjek Kemahiran Menggegas. lnstrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Data yang diperolehi di kumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Sosial Sciences) versi 24. Berdasarkan analisis yang dibuat, nilai kebolehpercayaan instrumen r= 0.86 dan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan multimedia interaktif berbantukan AR mampu meningkatkan minat pelajar dan seterusnya menjadikan pengajaran guru lebih menarik disamping dapat menambah baik ABBM yang sedia ada. Selain itu, dapatan menunjukkan penggunaan AR dalam pendidikan mampu meningkatkan daya visualisasi pelajar yang mampu membantu mereka dalam melakukan ujian amali dan mewujudkan satu suasana P&P yang selamat.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Augmented reality (AR); alat bahan bantu mengajar (ABBM); kemahiran menggegas
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:46
Last Modified: 29 Aug 2019 03:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11486
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item