UTHM Institutional Repository

Amalan keselamatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel katering di kolej vokasional

Zainudin, Nurul Jannah and Ismail, Mohd Erfy and Ismail, Irwan Mahazir and Tan, King Hyiang and Saadan, Nadzrah (2018) Amalan keselamatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel katering di kolej vokasional. In: Kurikulum & Instruksi. Siri 4 . Penerbit UTHM. ISBN 9789672110880

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam bidang Pendidikan Teknikal & Vokasional (PTV), proses pengajaran dan pembelajaran kebanyakkannya menggunakan pembelajaran melalui kaedah amali atau dikenali juga sebagai hands-on di dalam bengkel atau makmal. Kepelbagaian peralatan dan kelengkapan yang semakin moden dan canggih memerlukan pengurusan keselamatan yang secukupnya kerana kerja amali yang dilakukan di dalam bengkel mudah terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan sekiranya keselamatan diabaikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara tinjauan bertujuan mengkaji sejauh mana persepsi, pengetahuan dan sikap pelajar-pelajar yang mengambil jurusan katering di Kolej Vokasional (KV) Muar mengenai amalan keselamatan di bengkel. Populasi dan sampel dalam kajian ini adalah 90 responden yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan. Responden kali ini adalah daripada pelajar tahun satu sehingga pelajar tahun empat dalam bidang katering yang terdiri daripada keseluruhan populasi kajian yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 21. Berdasarkan kajian rintis yang dilaksanakan, nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.91 dan menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa amalan keselamatan yang baik memberikan kesan dan pengaruh yang positif yang positif terhadap pengetahuan, sikap dan persepsi pelajar. Selain itu, kajian menunjukkan sikap yang mengamalkan budaya kerja yang selamat dan teratur mampu mewujudkan sikap yang berdisiplin dan bertanggungjawab.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Persepsi; pengetahuan; sikap; amalan keselamatan; katering
Subjects: T Technology > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:46
Last Modified: 29 Aug 2019 03:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11493
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item