UTHM Institutional Repository

Persepsi pelajar dalam kemahiran psikomotor pemasangan kit model kereta menggunakan CD interkatif

Ali, Azita and Zakaria , Normah and Khamis, Lizawati (2018) Persepsi pelajar dalam kemahiran psikomotor pemasangan kit model kereta menggunakan CD interkatif. Online Journal For TVET Practitioners. ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah semakin mencabar dalam persaingan dan merapatkan jurang dalam penggunaan teknologi pendidikan yang semakin canggih. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sejauh mana Persepsi Pelajar dalam Kemahiran Psikomotor Pemasangan Kit Model Kereta Menggunakan CD Interaktif. Sampel kajian ini terdiri daripada 92 orang responden berbeza jantina dari sekolah-sekolah berbeza di sekitar Zon Bandar Mersing. Instrumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang mengandungi 32 item soalan.(2 item demografi, 15 item minat dan 15 item sikap). Bagi pelaksanaan kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing dengan jumlah responden seramai 30 orang. Nilai min daripada hasil kajian bagi item minat ialah 4.60 dan bagi item sikap nilai min ialah 4.67 menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (Version 22.0) untuk menjalankan analisis data. Data analisis meliputi skor min,peratusan dan korelasi. Hasil kajian mendapati penggunaan CD Interaktif dalam kemahiran psikomotor pemasangan kit model kereta adalah berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan CD Interaktif ini sesuai dipraktikkan dikalangan murid-murid sekolah rendah kerana ianya bukan sahaja mampu menarik minat malahan dapat membentuk sikap murid-murid untuk menguasai sesuatu topik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: CD interaktif; sikap dan minat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:46
Last Modified: 29 Aug 2019 03:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11494
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item