UTHM Institutional Repository

Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Zakaria , Normah and Ali, Azita and Hamidon, Nur Izeanty and Abd Rasap, Suhaili (2018) Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Online Journal For TVET Practitioners. ISSN 22897410

Full text not available from this repository.

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran ini juga menuntut pemahaman dan penguasaan guru untuk membangunkannya atau melaksanakannya dalam pengajaran dam pembelajaran setiap hari. Justeru itu, guru merupakan golongan atau agen perubahan bagi mencapai hasrat Kementerian Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi pendidikan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan pencapaian murid dari segi pemahaman, minat dan mempunyai pemikiran reflektif bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid bagi topik Sistem Suria dalam mata pelajaran Sains Tahun 4 khususnya untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovasi. Sampel yang juga merupakan populasi kajian adalah terdiri 36 orang murid Tahun 4 Marikh SK St.Francis, Melaka. Data diperolehi daripada responden dengan menggunakan borang soal selidik serta pencapaian daripada set ujian pra dan ujian pasca yang diberikan. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pencapaian murid telah mengalami perubahan ke arah positif setelah pengaplikasian peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan markah yang berlaku menunjukkan bahawa penggunaan i-Think sebagai satu kaedah pengajaran yang amat sesuai dipraktikan dalam kalangan guru mata pelajaran Sains.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: i-Think; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:46
Last Modified: 29 Aug 2019 03:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11496
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item