UTHM Institutional Repository

Penerapan kemahiran insaniah melalui program pertandingan ALTERA® UP-1 Board

Tukiran, Zarina and Fuad, Norfaiza and Mohamad, Shamsul and Isa, Khalid and Mohd. Muji, Siti Zarina and Jumaat, Siti Amely and Ahmad, Ida Laila and Mohamed, Masnani and Jalani , Jamaludin (2008) Penerapan kemahiran insaniah melalui program pertandingan ALTERA® UP-1 Board. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
zarina,norfaiza,shamsul,khalid,siti_zarina,siti_amely,ida_laila.pdf

Download (179kB)

Abstract

Bagi mengisi keperluan negara, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan juga cemerlang dari segi sahsiah. Menyedari tentang kepentingan ini, pengurusan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) telah menubuhkan satu jawatankuasa kecil dinamakan Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP) yang bertujuan sebagai medium di peringkat fakulti untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang relevan ke arah pembangunan sahsiah dan akademik pelajar. Salah satu usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa ini adalah menganjurkan program berbentuk pertandingan yang dinamakan Altera® UP-1 Board Line Tracker Robot Competition Day. Program pertandingan ini dijalankan merentasi mata pelajaran Rekabentuk Sistem Digit yang menggunapakai konsep Project Oriented Problem Based Learning (POPBL) melibatkan 92 orang pelajar tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik semester dua sesi 2006/2007. Kertas kerja ini membincangkan peranan, pelaksanaan dan hasil program yang telah dijalankan dalam menerapkan kemahiran insaniah (KI) dalam meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar. Hasil daripada maklumbalas pelajar didapati program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menerapkan kemahiran insaniah serta memantapkan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Akhirnya, dapatan menunjukkan bahawa program Altera® UP-1 Board Line Tracker Robot Competition Day berupaya menjadi wadah dalam menerapkan KI dan seterusnya berjaya menyediakan pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya kelak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Insaniah; POPBL; Program Pembangunan Pelajar; Rekabentuk Sistem Digit
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Computer Engineering
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 23 Feb 2010 03:00
Last Modified: 15 Apr 2015 02:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/115
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year