UTHM Institutional Repository

Tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, KUiTTHO

Wan Hassan, Wan Hamiza (2002) Tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_TAHAP_KEFAHAMAN_DAN_KEBOLEHAN_PENGGUNAAN_PERISIAN__MICROSOFT_WORD_DALAM_PEMBELAJARAN.pdf

Download (11MB)
[img] Text (Full Text)
TAHAP KEFAHAMAN DAN KEBOLEHAN PENGGUNAAN PERISIAN MICROSOFT WORD DALAM PEMBELAJARAN DI KALANGAN P full.pdf

Download (34MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Bagi mendapat hasil yang jitu dan bertepatan dengan kehendak dan keperluan kajian, kefahaman dan kebolehan pelajar-pelajar ini terhadap penggunaan perisian Microsoft Word dilihat dari segi pengetahuan dan kefahaman dalam menggunakannya serta kemahiran menggunakan setiap fungsi menu dan ikon. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Semester 1 yang dipilih secara rawak. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik dan dianalisis berdasarkan taburan frekuensi, peratusan dan skor min dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS ver.10). Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan kebolehan penggunaan perisian Microsoft Word dalam pembelajaran di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi di mana mereka tahu dan mahir menggunakan perisian ini. Beberapa cadangan dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak tertentu di KUiTTHO bagi meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar dalam bidang teknologi maklumat, ICT , halaman web dan beberapa perisian lain bagi tujuan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs Hasliza Hamdan
Date Deposited: 20 Apr 2011 01:48
Last Modified: 11 Nov 2019 00:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1152
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year