UTHM Institutional Repository

Pemantapan nilai disiplin melalui kaedah biofeedback dalam kalangan mahasiswa

Hamzah, Shahidah and Abdul Wahab, Muhammad Nubli and Ani, Fauziah and Damin, Zahrul Akmal and Halim, Harliana and Saad, Shamsaadal Sholeh (2017) Pemantapan nilai disiplin melalui kaedah biofeedback dalam kalangan mahasiswa. In: 4th International Conference on Human Sustainability, 1-2 November 2017, The Mudzaffar Hotel, Melaka.

Full text not available from this repository.

Abstract

Secara umumnya, bagi mencapai status negara maju tahap kesejahteraan masyarakat perlu berada ditahap yang tinggi. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Elemen tanggungjawab merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, mematuhi undang-undang, menghormati hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan nilai ini dalam kalangan individu. Persoalannya adakah fungsi yang dimainkan ini berjaya meningkatkan tahap tanggungjawab di Malaysia?. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur tahap tanggungjawab individu menggunakan sifat skor spektrum kuasa Heart Rate Variability (HRV) dan kitaran pernafasan. Seramai 50 orang peserta yang terdiri dari mahasiswa telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Protokol biofeedback dijalankan ke atas peserta. Data yang diperoleh telah dianalisis untuk mengenalpasti perubahan tahap peningkatan tanggungjawab dalam diri mereka melalui pengawalan emosi, pengawalan konflik serta sikap bersungguhsungguh dalam menjalankan kehidupan seharian. Hasil dapatan mendapati peserta berjaya meningkatkan tahap pengawalan emosi melalui bacaan HRV dan kitaran pernafasan dan seterusnya membantu meningkatkan tahap tanggungjawab peserta.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Integriti; disiplin; biofeedback; heart rate variability
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 29 Aug 2019 03:47
Last Modified: 29 Aug 2019 03:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11526
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item