UTHM Institutional Repository

Analisis keperluan modul pembelajaran kerja tetulang bagi program Jurubina Bangunan di kolej vokasional

Misran, M. E. and Yee, M. H. and Tee, T. K. and Mohamad, M. M. (2017) Analisis keperluan modul pembelajaran kerja tetulang bagi program Jurubina Bangunan di kolej vokasional. In: Kajian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Penerbit UTHM. ISBN 9789672110286

Full text not available from this repository.

Abstract

Kolej vokasional merupakan antara salah satu institusi yang terlibat dengan kewujudan TVET. Terdapat 16 kursus dan tiga bidang yang ditawarkan di kolej vokasional. Terdapat pelbagai strategi pengajaran yang dijalankan di kolej vokasional. Modul pembelajaran merupakan salah satu teknik yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara perseorangan. Dengan ini, pelajar dapat mengikuti setiap unit pelajaran langkah demi langkah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan modul Pembelajaran Kerja Tetulang bagi program Jurubina Bangunan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan lapan orang pensyarah dan 36 orang pelajar Teknologi Pembinaan telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 98.61% pensyarah dan 97.53% pelajar bersetuju bahawa perlunya modul pembelajaran Kerja Tetulang bagi program Jurubina Bangunan. Kesimpulan, modul pembelajaran adalah salah satu bahan sumber rujukan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Analisis keperluan; modul pembelajaran; kerja tetulang; jurubina bangunan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:22
Last Modified: 30 Sep 2019 03:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11693
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item