UTHM Institutional Repository

Etika dan integriti guru dalam perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Kusnin, Z. and Masek, A. (2017) Etika dan integriti guru dalam perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. In: Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Siri 1 . Penerbit UTHM. ISBN 9789672110767

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan tahap amalan etika dan integriti guru semasa pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah menengah. Kajian ini mengambil 25 buah sekolah menengah di Batu Pahat melibatkan 230 orang guru Kemahiran Hidup yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian berbentuk soal selidik telah dibangunkan dengan merujuk kepada kajian lepas. Pendekatan model pengukuran Rasch telah digunakan untuk membangunkan kebolehpercayaan item, kebolehpercayaan individu, nilai alpha Cronbach, pengasingan item-individu, item polarity, item dimensionality dan kesesuaian item. Seterusnya, data sebenar telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan pengetahuan terhadap etika dan integriti guru berada pada tahap yang tinggi, namun amalan etika dan intergiri berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan pengetahuan etika guru dalam perlaksanaan PBS. Implikasinya, pelaksanaan PBS perlu dipantau secara terperinci bagi memastikan kesahan dan ketelusan penilaian, dan sekaligus meningkatkan keberkesanan terhadap domain pembelajaran pelajar.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:23
Last Modified: 30 Sep 2019 03:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11703
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item