UTHM Institutional Repository

Pembangunan modul pembelajaran kendiri bagi kursus Pengujian Produk Kimpalan

Shaufi, Mohammad Syafiq and Lai, Chee Sern (2017) Pembangunan modul pembelajaran kendiri bagi kursus Pengujian Produk Kimpalan. In: Kajian dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTHM. ISBN 9789672110286

Full text not available from this repository.

Abstract

Perkembangan pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga para pendidik sedar bahawa kewujudan perbezaan individu dalam kalangan pelajar juga berubah. Contohnya dari segi minat terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya, gaya pembelajaran, nilai motivasinya dan lain-lain lagi. Guru biasanya akan membimbing pelajarnya dalam kelompok yang besar dan secara amnya tanpa mengambil kira keperluan dan kebolehan yang ada pada pelajar tersebut. Dengan keadaan pelajar yang seramai itu kemungkinan kecekapan pada guru kurang mahir ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Ashari (2001) setiap guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalam bidang pendidikan. Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran secara amali amat berbeza dengan teori. Pembelajaran secara amali memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk menggambarkan sesuatu keadaan tersebut. Pembelajaran amali ini lebih menekankan daya penumpuan pembelajaran terutamanya guru kepada para pelajarnya. Berdasarkan Wan Ali (2000), mendapati bahawa guru perlu mempunyai kepakaran dari pelbagai aspek seperti penguasaan terhadap bidang pelajaran yang diajar dan menguasai kaedah pengajaran. Oleh itu, guru haruslah memahami serta berkemahiran dalam penguasaan mata pelajaran yang diajarnya bagi membolehkan para pelajar faham. Jika guru tidak berkemahiran pada mata pelajaran tersebut, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan dan isi pelajaran yang disampaikan kepada pelajar tidak sampai.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:23
Last Modified: 30 Sep 2019 03:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11704
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item