UTHM Institutional Repository

Maklum balas ciri-ciri objek pembelajaran MOOC oleh pengajar dan pelajar TVET

Ismail, Irwan Mahazir and Ismail, Mohd Erfy and Amiruddin, Mohd Hasril (2018) Maklum balas ciri-ciri objek pembelajaran MOOC oleh pengajar dan pelajar TVET. Beru Publication, School of Educational Studies, Universiti Science of Malaysia. ISBN 9789673992973

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan inovasi pembelajaran yang berlaku seiring perkembangan teknologi abad ke 21. MOOC merupakan pendekatan yang mudah dan berkesan dalam penyampaian kursus. Namun begitu, MOOC yang dihasilkan mempunyai kekurangan kerana tiada ciri-ciri objek pembelajaran MOOC. Maka, kajian ini dilakukan bagi menentukan ciri-ciri objek pembelajaran MOOC berdasarkan maklum balas daripada pengajar dan pelajar TVET. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen. Responden kajian terdiri daripada 60 orang pelajar TVET dan tiga (3) orang tenaga pengajar TVET. Data dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan SPSS bagi borang soal selidik dan temu bual dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini, menghasilkan ciri-ciri objek pembelajaran MOOC berdasarkan maklum balas daripada pengajar dan pelajar TVET. Implikasi kajian ini dapat mengelaskan ciri-ciri objek pembelajaran MOOC seperti video sebenar, video animasi, PDF, power point, kuiz dan puzzle. Ciri-ciri ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi penghasilan MOOC TVET. Melalui objek pembelajaran MOOC ini dapat memastikan bahawa kualiti MOOC TVET dapat dipertingkatkan kelak.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:37
Last Modified: 30 Sep 2019 03:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11729
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item