UTHM Institutional Repository

Membangunkan laman web pengiraan beban haba

Rahim, Mohd Bekri and Ismail, Siti Noor Intan Dalilah and Ismail, Mohd Erfy and Kamis, Arasinah (2018) Membangunkan laman web pengiraan beban haba. In: Pembangunan Produk dan Reka Bentuk. Siri 2 . Penerbit UTHM, pp. 64-80. ISBN 9789672110835

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah laman web pengiraan haba Penyejukan dan Penyaman Udara (PPU). Dalam pengiraan beban haba ini memerlukan alat bahan bantu mengajar (ABBM) untuk sebagai sokongan kepada pelajar supaya lebih memahami isi pelajaran terhadap pengiraan beban haba. Objektif utama kajian ini adalah merekabentuk dan menganalisis kebolehfungsian terhadap laman web yang dibangunkan. Laman web yang dibangunkan ini boleh digunakan sebagai alternatif untuk menangani masalah pelajar yang kurang memahami tentang isi pelajaran mengenai pengiraan beban haba. Penggunaan video, grafik, audio dan text dalam laman web ini berupaya mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap pengiraan beban haba selepas pembelajaran. Kaedah membangunkan laman web ini adalah berdasarkan daripada Model ADDIE. Kajian ini hanya melibatkan 5 orang pakar yang terdiri daripada penolong jurutera Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), UTHM dan tenaga pengajar Kolej Vokasional bagi melihat kebolehfungsian laman web yang dibangunkan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan adalah melalui borang pengesahan dan borang soal selidik pakar. Laman web yang dibangunkan ini adalah sebagai ABBM, amat sesuai digunakan sebagai salah satu daripada bahan pembelajaran oleh pelajar di FPTV khususnya yang mengambil bidang PPU. Laman web ini memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dan pakar telah bersetuju bahawa elemen-elemen seperti mudah digunakan, menarik minat pelajar dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: ABBM; Laman Web Pengiraan Beban Haba
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:37
Last Modified: 30 Sep 2019 03:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11731
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item