UTHM Institutional Repository

Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalanagan guru sekolah kebangsaan pelbagai etnik

Omar, Hafzan and Haron, Zolkepeli and Kamri, Khairol Anuar (2018) Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalanagan guru sekolah kebangsaan pelbagai etnik. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, 8 (1). pp. 1-22. ISSN 25793098

[img]
Preview
PDF
J6341_c6b358b430d06943b9593750f55252eb.pdf

Download (320kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru sekolah kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor. Sensitiviti kepelbagaian budaya dilihat berdasar kepada etnik, tahap pendidikan, tahap pendapatan, jawatan dan lokasi tempat tinggal. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Bagi tujuan menentukan sampel kajian pengkaji menggunakan teknik pensampelan rawak kluster iaitu guru daripada 8 buah sekolah telah terpilih secara rawak daripada 54 buah sekolah. Pemilihan sampel kajian bergantung kepada persekitaran sekolah yang pelbagai etnik sahaja. Pengkaji juga mengaplikasi kaedah pensampelan rawak berstrata kerana sampel kajian terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India sahaja. Seramai 350 orang sampel yang terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai skor min dan juga sisihan piawai bagi setiap ciri yang dikaji iaitu etnik, tahap pendidikan, tahap pendapatan, jawatan dan lokasi tempat tinggal. Dapatan kajian menunjukkan sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru sekolah kebangsaan berdasarkan etnik, tahap pendidikan, tahap pendapatan, jawatan dan lokasi tempat tinggal berada pada tahap yang tinggi

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: multicultural sensitivity; multi - ethnic environment
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Centre of General Studies and Co-curricula > Department of Social Science
Depositing User: Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Date Deposited: 30 Sep 2019 03:37
Last Modified: 30 Sep 2019 03:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/11750
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year