UTHM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik

Md. Diah, Noorasmahwati (2008) Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24_Pages_from_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_KOMUNIKASI_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_KEJURUTERAAN_ELEKTRONIK.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRONIK full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Kemahiran komunikasi adalah salah satu kemahiran yang amat penting dalam kehidupan terutama dalam dunia pekerjaan. Para majikan pada masa kini pula telah meletakkan kemahiran berkomunikasi sebagi salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja. Namun begitu, senario graduan menganggur disebabkan kurang kemahiran bukan teknikal seterusnya tidak dapat memenuhi kehendak majikan masih tetap berlaku. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar serta hubungannya dengan faktor keyakinan diri dan jantina. Seramai 257 orang pelajar diploma kejuruteraan semester akhir telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini dari dua buah politeknik iaitu Politeknik Merlimau ( PMM) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan 0.8839. Data dianalisis secara statistik deskriptif (seperti skor min, sisihan piawai dan peratusan) dan statistik inferensi (Analisis Ujian- T Tidak Bersandar, dan Analisis Korelasi Pearsons) dengan menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS versi 11.5). Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar, tahap penguasaan kemahiran komunikasi serta persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya adalah tinggi. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi di antara jantina. Manakala terdapat perkaitan iaitu hubungan positif yang kuat antara keyakinan diri pelajar dengan penguasaan kemahiran komunikasi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Communication in education, communication effectiveness
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Depositing User: Khairunnisa Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 07:51
Last Modified: 13 Nov 2019 06:30
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1180
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year