UTHM Institutional Repository

Pembangunan laman web prosedur amalan keselamatan bengkel kayu bagi membantu proses pembelajaran di KUITTHO

Abdullah, Azman (2004) Pembangunan laman web prosedur amalan keselamatan bengkel kayu bagi membantu proses pembelajaran di KUITTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
24_Pages_from_PEMBANGUNAN_LAMAN_WEB_PROSEDUR_AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_KAYU_BAGI_MEMBANTU_PROSES_.pdf

Download (966kB)
[img] PDF (Full Text)
PEMBANGUNAN_LAMAN_WEB_PROSEDUR_AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_KAYU_BAGI_MEMBANTU_PROSES_PEMBELAJARAN_D_full.pdf

Download (4MB)

Abstract

Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan kerja amali dalam bengkel Kayu. Penggunaan mesin dan peralatan dalam makmal menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran dan keselamatan di kalangan peiajar adaiah dengan mewujudkan satu laman web prosedur amalan keselamatan. Laman web prosedur amalan keselamatan dalam bengkel kayu, merupakan salah satu daripada altenatif baru daiam proses pembelajaran pada masa kini. Tiga aspek yang dibincangkan dalam kajian ini adaiah seperti berikut, aspek pertama yang dibincangkan adaiah dari aspek kebolehgunaan laman web dalam memotivasikan pelajar untuk belajar setelah menggunakannya. Manakala aspek kedua yang dibincangan adalah untuk menentukan tahap kefahaman pelajar setelah menggunakan laman web ini dan aspek ketiga yang dibincangkan adalah untuk menentukan adakah laman web ini bersifat mesra pengguna. Penganalisaan data dalam kajian ini adaiah menggunakan perisian SPSS (The statistical Package for Social Sciences) Setiap data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor minnya. Daripada keputusan analisis data, dapatan kajian menunjukan bahawa keseluruhan responden menyokong pembangunan laman web ini. Kesimpulannya, diharapkan dengan pembangunan laman web ini dapat memantapkan lagi pengetahuan tentang amalan keselamatan sedia ada dan didapati laman web boleh diterima pakai sebagai panduan pengajar dan pelajar di bengkel kayu.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T55-55.3 Industrial safety. Industrial accident prevention
Depositing User: Ms Aryanti Ahmad
Date Deposited: 19 Apr 2011 07:57
Last Modified: 14 Aug 2019 01:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1187
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year